GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]metro.com.my


REMAJA lelaki ditemui mati di ruang tamu tingkat atas rumah neneknya di Machang, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, mangsa berusia 16 tahun ditemui pada 12 tengah hari oleh ibu saudaranya yang ke rumah itu.

“Ibu saudaranya ke rumah itu untuk bertemu maknya yang berusia 70 tahun.

“Dia terkejut menemui mangsa di ruang tamu tingkat atas rumah, sebelum memaklumkan hal itu kepada kakaknya yang tinggal berdekatan.

“Penduduk kampung menghubungi polis memaklumkan kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, nenek mangsa tidak menyedari kejadian itu memandangkan tidak naik ke tingkat atas rumah.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 8:27 AM