KARIM menunaikan tanggungjawabnya mengundi di SK Kimanis hari ini. FOTO BERNAMA.
Mohd Izham Unnip Abdullah


CALON Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis, kira-kira 9 pagi.

Beliau antara 2,158 pengundi berdaftar di pusat mengundi berkenaan yang mempunyai lima saluran mengundi.

Karim ketika ditemui media di luar pusat mengundi menyifatkan hari ini melegakan beliau selepas kira-kira dua minggu ‘tertekan’ berkempen.

“Saya agak kurang ‘stress’ hari ini selepas berkempen sejak 4 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya lihat proses pengundian lancar, pengundi jalankan tugas masing-masing dan cuaca juga cerah, mudah-mudahan berterusan hingga petang.

“Jadi saya merayu pengundi turun awal untuk melaksanakan tanggungjawab supaya proses pengundian lancar dan terhindar daripada kesesakan dan hujan,” katanya.

Karim berkata, beliau akan melawat semua 19 daerah mengundi yang ada di Kimanis ini.

  • Lagi berita berkaitan PRK Kimanis
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 10:24 AM