BERNAMA

BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kimanis, [email protected] Etok yang juga Pegawai Daerah Beaufort, di pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir pada 9.30 malam.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Terdahulu, proses pengundian bermula 7.30 pagi dan selesai pada 5 petang ini berjalan lancar dengan tiada insiden tidak diingini berlaku.

  • Lagi berita berkaitan PRK Kimanis
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 9:54 PM
    Calon BN, Mohamad bersama pemimpin UMNO dan BN, antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir, Beaufort. FOTO Edmund Samunting