MAYAT seorang daripada empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, Dungun ditemui pagi ini.

Mayat Zul Fahmi Zuki, 21, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdampar di Pantai Sura Tengah, tiga kilometer (km) dari pantai dia hilang pada 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

“Mayat akan dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

ZUL Fahmi Zuki, 21. FOTO Ihsan Keluarga.
ZUL Fahmi Zuki, 21. FOTO Ihsan Keluarga.

Sementara itu ibu mangsa, Maznah Muda, 55, berkata, mengecam mayat anaknya berdasarkan parut di bahu kiri selain seluar pendek yang dipakai.

“Alhamdulillah, saya reda. Saya bersyukur dapat tatap wajahnya hari ini biarpun dia telah pergi meninggalkan saya,” katanya.

Maznah berkata, jenazah anaknya akan dibawa Kemaman untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geliga.

Berita berkaitan

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 9:13 AM
PASUKAN penyelamat menemui mayat seorang daripada empat mangsa. FOTO Rosli Ilham.
PASUKAN penyelamat menemui mayat seorang daripada empat mangsa. FOTO Rosli Ilham.
Digital NSTP Subscribe