SATU lagi mayat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, ditemui menjadikan tiga keseluruhan, setakat ini.

Mayat Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, yang berasal dari Kuantan ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 12.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan berhubung dengan penemuan mayat terbabit.

Beliau mayat Mohamad Luqman ditemui dalam jarak 10 kilometer dari tempat kejadian sebelum dibawa naik ke pangkalan nelayan Kampung Seberang Pintasan.

“Mayat ketiga ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke pangkalan itu sebelum dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Mayat pertama, Zul Fahmi Zuki, 21, berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, pada 7.30 pagi dalam jarak 8 kilometer dari lokasi kejadian.

“Diikuti mayat kedua, Muhamad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu ditemui pada 11.35 pagi dalam jarak sama, "katanya.

MAYAT Mohamad Luqman (gambar kecil) dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham.
MAYAT Mohamad Luqman (gambar kecil) dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham.

Sementara itu, abang Mohamad Luqman, Mohamad Shafiq Mohamed Sabarudin, 29, berkata, dia mengesahkan mayat itu adalah adiknya.

“Saya mengesahkan itu mayat adik saya kerana dia ada tanda lahir di bahagian pinggulnya serta seluar dipakainya itu adalah seluar saya.

“Jenazah adik akan dikafan dan dimandikan di Bilik Forensik Hospital Dungun sebelum dikebumikan di kampung asal nenek kami di Kampung Panchor Kuala Dong, Raub,” katanya.

Berita berkaitan

Mangsa lemas kedua ditemui

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 1:41 PM