MAYAT Mohamad Amir Izzudin (gambar kecil) dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun. FOTO Rosli Ilham.
MAYAT Mohamad Amir Izzudin (gambar kecil) dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun. FOTO Rosli Ilham.


MANGSA terakhir penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, ditemui 3 petang hari ini.

Mayat Amir Izuddin Zulkiflee, 21, yang berasal dari Air Keroh, Melaka ditemui pada jarak kira-kira dua kilometer di tengah laut dari darat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan penemuan mayat mangsa yang tidak jauh dari lokasi kejadian, kami percaya mayat itu baru dihanyutkan ke tengah laut.

“Mungkin ia tersangkut pada kawasan berbatu di situ sebelum dihanyutkan arus ke tengah laut pada pagi ini,” katanya.

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa naik ke atas bot penyelamat sebelum dibawa masuk ke pangkalan nelayan di Kampung Teluk Bidara.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah kira-kira lapan kilometer dari tempat kejadian, pada 7.30 pagi hari ini.

Manakala mayat kedua, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu ditemui terapung dalam jarak satu kilometer dari mangsa pertama ditemui, pada 11.35 pagi.

Sementara mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, ditemui tidak jauh dari mangsa kedua kira-kira 12.10 tengah hari.

Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, enam penuntut PSMZA mandi di pantai berkenaan sebelum empat daripada mereka lemas selepas dipukul ombak besar.

Manakala dua lagi, Muhamad Irfan Kamaruzaman, 21, dari Rawang, Selangor dan Hazman Zamili, 21, dari Kelantan berjaya menyelamatkan diri.

Berita berkaitan

Tanda lahir di pinggul sahkan mangsa ketiga [METROTV]

Mangsa lemas kedua ditemui

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 4:52 PM