MAT Izuan menunjukkan status WhatsApp terakhir Muhammad Zul Fahmi sebelum lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun. FOTO Rosli Ilham.
MAT Izuan menunjukkan status WhatsApp terakhir Muhammad Zul Fahmi sebelum lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


PENEMUAN mayat mangsa lemas, Muhamad Zul Fahmi Zuki, 21, hari ini, merungkai status WhatsApp ‘dulu lepak setable, sekarang dah beli table masing-masing' dimuat naik sehari sebelum kejadian.

Rakan serumah arwah yang juga penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, Mat Izuan Mat Zaini, 21, berkata status itu dimuat naik Zul Fahmi pada malam Khamis lalu, sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan serumah.

“Kami tak tahu kenapa dia menaik status itu sehinggalah ami dikejutkan dengan berita kematiannya.

“Maksud perpisahan disampaikan itu membawa makna dia akan pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, hari ini.

Menurutnya, dia menyewa sebuah rumah di Kampung Batu 7, bersama 14 lagi rakan termasuk keempat-empat mangsa lemas terbabit.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, arwah kelihatan sangat pelik apabila langsung tidak mahu bergurau dengan rakan serumahnya.

“Dia asyik main telefon sepanjang malam itu dan tidak mahu keluar rumah apabila saya mengajaknya minum bersama.

“Kelakuan pelik arwah itu membuatkan rakan serumah tidak berani mengusiknya.

“Sebelum ini dia tidak begitu, dia sangat baik serta suka bergurau sehingga sikap peliknya itu menimbulkan tanya tanya kami,” katanya.

Menurutnya, pada pagi kejadian itu, arwah ada mengajaknya untuk mandi di Pantai Teluk Bidara, namun dia menolak kerana berasa tidak sedap hati.

Katanya, sebelum ini mereka pernah beberapa kali mandi di pantai terbabit, namun kali ini dia merasa tidak mahu turut serta.

“Saya sangat terkejut apabila rakan memaklumkan mangsa bersama tiga lagi kawan saya lemas di situ.

“Arwah Zul Fahmi adalah teman baik saya sejak kami belajar di Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman.

“Kami bukan saja rapat sejak di bangku sekolah, malah akrab sehingga sama-sama menuntut di PSMZA ini, "katanya.

Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, selain Zul Fahmi, tiga lagi rakannya, Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 20, dari Kuantan; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dari Kuala Terengganu dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan.

Mereka lemas selepas dipukul ombak besar sebelum mayat empat mangsa terbabit ditemui hari ini.

Bagaimanapun, dua rakan mereka iaitu Mohamad Irfan Kamaruzaman dan Hazman Zamili, sempat menyelamatkan diri.

Berita berkaitan

Mangsa terakhir ditemui di tengah laut

Tanda lahir di pinggul sahkan mangsa ketiga [METROTV]

Mangsa lemas kedua ditemui

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 5:51 PM