KOMPLEKS JPM di Putrajaya. FOTO ihsan JPM.
BERNAMA

KOMPLEKS Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parcel B, Putrajaya akan dikenali sebagai Kompleks Setia Perdana, berkuat kuasa 1 Februari depan.

JPM dalam kenyataan hari ini berkata, setiap bangunan di kompleks berkenaan akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8, menggantikan nama Blok 1 hingga 8 yang digunakan pada masa sekarang.

“Ini inisiatif untuk penjenamaan kompleks kerajaan yang telah menggunakan nama Parcel A hingga F sejak pembangunan Putrajaya dilaksanakan 25 tahun dahulu,” kata JPM.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian telefon 03-8872 3438 / 3437 atau layari laman web: www.jpm.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 8:14 PM