NAIB Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin nafi dakwaan beliau menyertai PPBM.
Raja Noraina Raja Rahim


NAIB Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad berkata, penularan itu adalah palsu dan tindakan jahat individu tertentu.

“Tindakan itu juga sangat tidak bertanggungjawab apabila mengaitkan kementerian dengan isu politik.

“Ia kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalam parti yang berlaku sekarang ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nor Hizwan berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu masih memegang jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan sehingga kini fokus menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota parti serta Ketua Cabang PKR Ampang.

Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilaporkan memulakan siasatan pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli dan pemimpin kanan parti termasuk Zuraida berkait dengan insiden ketika dan selepas Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember lalu.

Zuraida dan Mohamed Azmin antara pemimpin yang dikatakan memboikot hari terakhir kongres namun mengadakan satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Berita berkaitan

Itu borang palsu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 9:37 PM