Ramli Ibrahim


BEKAS Penyelia Pembangunan Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang nyaris putus jari telunjuk kiri apabila terkena mesin pencanai semalam.

Jari Ahmad Kamizi Jalil, 52, terkena mesin pencanai itu ketika sedang memotong tong besi di halaman rumahnya di Kampung Kuala Lah kira-kira 4 petang.

Berikutan kejadian itu, dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Ketika dihubungi pagi ini, dia memaklumkan keadaannya stabil dan menunggu pembedahan untuk menyambung urat jari yang putus.

Menurutnya, dia bersama seorang anak lelakinya membelah tong besi berkenaan dengan menggunakan mesin pencanai terbabit.

“Hanya tiga minit selepas anaknya masuk ke dalam rumah, mesin pencanai yang saya gunakan tersasar dan terkena jari.

“Saya cepat-cepat memanggil anak lelaki saya untuk dihantar segera ke HGM tetapi rawatan untuk menyambung urat yang terputus tidak dapat dilakukan di hospital itu,” katanya.

Ahmad Kamizi berkata, dia terpaksa menahan sakit kecederaan itu hampir dua jam sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra.

“Alhamdulillah, doktor yang merawat memaklumkan urat terputus itu boleh disambung semula,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 12:03 PM
Ahmad Kamizi menunjukkan jarinya yang hampir putus terkena mesin pencanai dalam kejadian di Kampung Kuala Lah, Gua Musang semalam. Foto Ihsan Pembaca
Ahmad Kamizi menunjukkan jarinya yang hampir putus terkena mesin pencanai dalam kejadian di Kampung Kuala Lah, Gua Musang semalam. Foto Ihsan Pembaca