FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Juwan Riduan


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Stella Maris, Tanjung Aru, Sabah menjadi sekolah pertama di Sabah yang ditutup berikutan wabak Influenza A (H1N1).

Tinjauan mendapati, pengurusan sekolah itu sudah menampal surat bagi memaklumkan sekolah berkenaan akan mula ditutup esok sehingga 28 Januari ini.

Satu notis Perintah Tutup Premis yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan turut tular di media sosial.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung ketika ditemui mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.

“Langkah penutupan sekolah berkenaan adalah perkara fomal untuk memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, bapa seorang murid di sekolah berkenaan, Siayah Awang, 37, berkata, dia bergegas menjemput anaknya berikutan tular notis pemberitahuan penutupan sekolah akibat wabak terbabit.

“Saya bergegas menjemput anak yang bersekolah dalam tahun satu dan tiga selepas menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada rakan-rakan,” katanya ditemui.

Pada Isnin lalu, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) merekodkan 12 murid yang dikesan dijangkiti wabak influenza.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 5:57 PM