Dua lelaki yang sedang dikesan polis untuk membantu siasatan kes penipuan nombor ekor di Ampang jaya. Foto Ihsan PDRM
Dua lelaki yang sedang dikesan polis untuk membantu siasatan kes penipuan nombor ekor di Ampang jaya. Foto Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS mengesan dua lelaki untuk membantu siasatan kes penipuan nombor ekor pada September tahun lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam kenyataan hari ini, memaklumkan dua lelaki yang dikesan berkenaan adalah Ang Beng Kooi dan Tan Chee Hong.

Alamat terakhir Beng Kooi adalah di 248 Taman Derga Jaya Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar manakala Chee Hong pula dari No. 82, Kampung Kota Belakang Hospital, Jalan Abi Tok Hashim, Kangar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua lelaki berkenaan diminta menghubungi Pembantu Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Mohd Azhareen Ali di talian 03-42952222 sambungan 205 atau hubungi balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 7:56 PM