Anggota bomba memeriksa kereta yang remuk selepas merempuh hadpaan rumah di Taman Bukit Bendera di Mentakab dekat Temerloh hari ini. Foto ihsan Pembaca
Roselan Ab Malek

KERETA terbabas dan melanggar bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Bukit Bendera di Mentakab dekat Temerloh hari ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 6.10 petang.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ketika kejadian tiada penghuni berada dalam rumah teres berkenaan.

“Pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan siasatan mengenai kejadian masih dijalankan,” katanya malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 10:54 PM