Foto hiasan
BERNAMA

POLIS minta penduduk tidak panik mendengar letupan kuat kerana ia merupakan sebahagian daripada siri latihan jet pejuang di Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya sudah dimaklumkan lebih awal berhubung latihan membabitkan jet pejuang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Terengganu.

“Dalam latihan itu, ia termasuk tindakan melepaskan sesuatu letupan di udara, tidak membahayakan orang ramai kerana ia sekadar latihan dan sasaran letupan di luar kawasan penempatan penduduk,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Pada 5 petang semalam, penduduk gempar mendengar bunyi letupan kuat dan disusuli gegaran kecil yang keadaan itu tular di media sosial dengan pelbagai andaian dibuat netizen.

Mengulas perkara itu lagi Mohd Taufik berkata, gegaran itu juga hanya membabitkan kawasan tertentu sahaja.

Seorang penduduk di bandar ini, Muhamad Shafie Osman, 52, berkata, beliau terkejut mendengar bunyiletupan kuat itu, malah rumahnya turut bergegar sebelum dia bergegas keluar rumah untuk menyiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 12:07 AM