Jari mangsa membengkak kera cincin dipakainya dan anggota bomba berusaha memotong cincin di HSI. Foto Ihsan JBPM
Jari mangsa membengkak kera cincin dipakainya dan anggota bomba berusaha memotong cincin di HSI. Foto Ihsan JBPM
Nurul Amanina Suhaini

LELAKI bengkak 10 jari dipercayai berpunca daripada cincin ketat yang dipakainya di sebuah kediaman keluarga di Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Razif Musa berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa berusia 34 tahun itu bengkak 10 jari selama enam bulan tetapi enggan menanggalkan 16 bentuk cincin pelbagai jenis kerana dipercayai sebagai pelindung diri.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.53 petang itu, tiga anggota dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memujuk mangsa supaya ke hospital selepas pihak polis tidak berjaya memujuknya.

“Mangsa turut diberi ubat bius oleh pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mengelakkan dia bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya menggunakan ‘ring cutter’, selain pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong 16 bentuk cincin terbabit.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.36 petang dan mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 10:21 PM