ANGGOTA bomba dan APM menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. FOTO ihsan bomba
Safuri Kamarudin


SEORANG lelaki yang mencari hasil hutan tersesat di Gunung Dalam Wang, Mukim Pulai, Baling, petang tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, mangsa dikatakan mendaki gunung itu jam 4.30 petang untuk mencari hasil hutan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.46 malam dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Mohamad Yunus Ali bersama lima anggota.

Mohd Jamil berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah penduduk tempatan yang sering mencari hasil hutan di gunung berkenaan.

“Operasi mencari diteruskan malam ini dengan 15 anggota termasuk Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 11:26 PM