TAN Sri Musa Hassan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa menggunakan namanya untuk kepentingan diri.

Musa berkata, dia menerima maklumat lelaki terbabit yang juga pemilik perniagaan karaoke menggunakan namanya supaya tidak diambil tindakan oleh polis.

“Saya harap polis boleh menyiasat dan menyemak latar belakang lelaki terbabit dan mengambil tindakan ke atas apa-apa kegiatan haramnya.

“Saya tidak mengenali atau terbabit dengannya.

“Saya menerima maklumat dia menggunakan nama saya dua hari lalu daripada orang awam, ” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 10:09 AM