Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi


ALIRAN trafik perlahan sepanjang lima kilometer di Kilometer 23.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dari Kulai ke Senai berikutan berlaku kemalangan menyebabkan lorong kiri dan kanan terhalang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Twitter memaklumkan, kesesakan berlaku di kawasan itu selepas berlaku kemalangan.

Selain itu, kesesakan turut berlaku sebelu Plaza Tol Gombak arah Timur manakala trafik perlahan dari Kilometer 21 hingga Kilometer 37.2 arah Timur (Gombak-Genting Sempah).

Aliran trafik turut perlahan dari Kilometer 47 hingga Kilometer 54.8 arah Timur (Bukit Tinggi-Lentang).

Manakala di Lebuh Raya Selatan arah utara pula aliran trafik perlahan di Permatang Pauh ke Sungai Dua, Bukit Tambun ke Juru, Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Bukit Beruntung ke Lembah Beringin, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melalui Twitternya melaporkan, trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari Bandar Saujana Putra ke Putrajaya dan Bandar Sereniake Nilai (Utara).

Maklumat terkini boleh diperoleh menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 1:07 PM
Digital NSTP Subscribe