DR NOOR HISHAM. FOTO Arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


TIADA penularan wabak koronavirus di Ipoh seperti yang tular di media sosial, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengulas mengenai penyebaran dakwaan berkenaan yang turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tiada koronavirus di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook mendakwa virus itu tersebar di Ipoh.

Turut disertakan di dalam status terbabit, gambar seorang pesakit sedang diusung masuk ke hospital oleh kakitangan perubatan.

Isu mengenai penularan wabak berkenaan mencetuskan kebimbangan di negara ini.

Pemerhatian di media sosial mendapati, ada netizen yang membuat andaian serta berkongsi pautan dengan umum daripada sumber yang tidak diketahui.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 2:50 PM