GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Hidayah Bahaudin


ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya menuju ke selatan dan utara Semenanjung dilaporkan perlahan sehingga 6 petang tadi.

Berdasarkan twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Utara-Selatan perlahan dari Perai ke Seberang Jaya, Pulau Pinang, akibat kemalangan di Kilometer 138.2 arah utara.

Selain itu, trafik juga perlahan dari Bertam ke Sungai Petani, Kedah, Bukit Tagar ke Lembah Beringin akibat kemalangan di Kilometer 414.7 arah utara, Slim River ke Sungkai dan Tapak ke Gopeng, Perak.

Trafik turut perlahan dari Senai ke Sedenak, Ayer Hitam ke Yong Peng, Johor dan Seremban ke Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Senawang serta Bandar Ainsdale ke Senawang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, trafik lancar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 6:35 PM
Digital NSTP Subscribe