CARTA semalam, menunjukkan kawasan yang bewarna merah tempat bermulanya wabak Coronavirus dan telah menular ke negara-negara lain (berwarna putih). FOTO Mohd Fadli Hamzah
CARTA semalam, menunjukkan kawasan yang bewarna merah tempat bermulanya wabak Coronavirus dan telah menular ke negara-negara lain (berwarna putih). FOTO Mohd Fadli Hamzah
Raja Noraina Raja Rahim


SUAMI isteri warga China yang ‘melarikan’ anak perempuan mereka dari sebuah hospital di Johor Bahru selepas disyaki dijangkiti wabak koronavirus ditahan polis, malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, pasangan terbabit bersama anaknya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.20 malam.

“Polis sudah serahkan semula mereka kepada pihak hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kanak-kanak perempuan warga China berusia dua tahun itu yang mempunyai simptom koronavirus dibawa keluar dari hospital oleh ibu bapanya, kelmarin.

Ibu bapanya didakwa tidak mahu anak mereka dikuarantin kerana dikatakan mahu menaiki penerbangan ke China, awal pagi semalam.

Sumber berkata, seorang doktor berusia 26 tahun menerima kanak-kanak berkenaan sebagai pesakit di sebuah hospital awam di Johor Bahru pada jam 10.18 malam, Khamis lalu.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.

“Menurut doktor terbabit, pesakit itu datang ke hospital awam berkenaan atas rujukan sebuah hospital swasta.

“Mengikut surat rujukan itu, pesakit mempunyai demam, batuk dan demam kejung yang tidak diakui oleh ibu bapanya.

“Pemeriksaan dilakukan mengesahkan pesakit mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 3:50 PM