DR Wan Azizah (tengah) mempengerusikan mesyuarat berhubung koronavirus baharu. FOTO Luqman Hakim Zubir
BERNAMA

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Koronavirus baharu (2019-nCoV) di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Dr Dzulkefly difahamkan akan membentangkan data dan status terkini berhubung wabak yang dipercayai berasal dari Wuhan, China pada mesyuarat berkenaan.

Setakat ini, empat warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 5:24 PM