Dr Ahmad Samsuri.


SEMUA masjid di Terengganu diminta mengadakan solat hajat bagi membendung wabak koronavirus baharu melanda negeri itu, esok.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, solat hajat itu bertujuan memohon pertolongan Allah SWT agar dijauhi malapetaka dan membendung wabak terbabit dengan segera.

“Saya menyeru pada semua rakyat Terengganu untuk mengambil langkah penjagaan diri, anggota keluarga dan orang yang di bawah jagaan mereka ketika berdepan dengan ancaman wabak ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, solat hajat memohon pertolongan Allah SWT agar dijauhi malapetaka dan wabak itu akan dibuat selepas solat maghrib.

“Semoga solat hajat ini dapat memberi perlindungan dan menjauhi rakyat negeri ini daripada serangan wabak berkenaan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 9:27 PM