ORANG ramai dan pelancong asing yang berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah awal mencegah daripada jangkitan koronavirus. FOTO Mustaffa Kamal
Muhaamad Hafis Nawawi


JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu hari ini.

Pengarahnya Dr Azimi Yunus berkata, hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati kanak-kanak itu tidak tidak memenuhi kriteria Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) Koronavirus Baharu (2019-nCoV).

“Pihak hospital memberi rawatan biasa kepada kanak-kanak terbabit yang dimasukkan ke wad jam 6.15 petang tadi,” katanya ketika dihubungi tadi.

Terdahulu tular di media sosial laporan polis mengenai kanak-kanak itu bersama ibu bapanya ke Hospital Kemaman jam 12.34 tengah hari tadi untuk mendapatkan rawatan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 10:04 PM