SUSPEK dibawa ke Mahkamah Seksyen Kemaman untuk mendapat perintah reman. FOTO Rosli Ilham

PENGANGGUR direman tujuh hari bagi siasatan kes bunuh membabitkan anak saudara perempuannya yang berusia tiga tahun dalam kejadian di Felda Cerul 2, Kemaman, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan hakim Mahkamah Seksyen Kemaman, Azman Mustaffa, bermula hari ini, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 26 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu dihadapkan ke mahkamah diiringi polis, 8.45 pagi.

Semalam, kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia selepas ditikam suspek menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari, suspek dikatakan menikam mangsa pada bahagian dada sehingga menyebabkan kematian.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

Berita berkaitan

Suspek di bawah pengaruh dadah

'Kenapa tikam Hafiya?'

Kanak-kanak 3 tahun dibunuh bapa saudara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 1:06 PM