BEKALAN topeng muka di Kuching semakin berkurangan dengan ada farmasi yang kehabisan stok. FOTO Mohd Roji Kawi
BEKALAN topeng muka di Kuching semakin berkurangan dengan ada farmasi yang kehabisan stok. FOTO Mohd Roji Kawi
Mohd Roji Kawi

KEBIMBANGAN orang ramai terhadap penularan wabak koronavirus (2019-nCoV) melonjakkan permintaan terhadap topeng muka di bandar raya ini.

Tinjauan mendapati, beberapa farmasi kehabisan stok barangan berkenaan sejak dua hari lalu.

Difahamkan, pemilik farmasi sudah membuat tempahan, namun sehingga hari ini stok baharu belum tiba.

Sementara itu, jurucakap pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak berkata, pihaknya sentiasa memantau untuk memastikan bekalan topeng muka mampu menampung permintaan yang meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai yang ingin membuat pertanyaan atau aduan berhubung topeng muka boleh mengemukakannya kepada e-aduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Sarawak di talian 082-466052 atau WhatsApp ke 019-2794317.

"Aduan itu termasuk jika ada peniaga menaikkan harga topeng muka.

"Selain menghubungi talian yang disediakan, orang ramai juga boleh hadir di mana-mana pejabat KPDNHEP terdekat," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 3:43 PM
    Digital NSTP Subscribe