FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Amir Mamat


SEMUA masjid dan surau di Melaka disyor untuk menunaikan solat sunat hajat memohon hujan kepada Allah SWT bagi memulihkan masalah kekurangan air di negeri itu.

Solat sunat hajat itu bagi memohon dijauhkan musibah penyakit berjangkit seperti influenza dan juga penularan koronavirus baharu.

Mufti Negeri Datuk Wira Abd Halim Tawil berkata, ibadat itu boleh dilaksanakan setiap selepas waktu solat fardu kecuali masjid atau surau berkenaan mempunyai aktiviti lain seperti kelas takmir.

Serentak itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) esok untuk meminta semua masjid supaya mengadakan solat sunat hajat yang sama, bermula Jumaat ini.

“Langkah ini sebagai satu daripada usaha untuk memohon kepada Allah SWT supaya menghindarkan segala bentuk penyakit berjangkit yang membawa kemudaratan khususnya kepada rakyat negeri ini.

“Pada masa sama, kita mohon supaya Allah SWT kurniakan hujan rahmat sekali gus memulihkan keadaan kekurangan air di semua empangan di negeri ini,” katanya pada kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 7:36 PM
Digital NSTP Subscribe