X
Anggota polis melakukan sekatan jalan raya sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina di hadapan Balai Polis Kuala Kedah. FOTO Sharul Hafiz Zam
Anggota polis melakukan sekatan jalan raya sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina di hadapan Balai Polis Kuala Kedah. FOTO Sharul Hafiz Zam
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK 155 kemalangan maut dilaporkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang masuk hari ke-11, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, daripada keseluruhan kematian, penunggang dan pembonceng motosikal masih menyumbang jumlah tertinggi dengan 112 kematian.

“Sebanyak 15,341 kemalangan dicatatkan sepanjang 11 hari Op Selamat kali ini membabitkan 25,171 kenderaan.

“Jumlah kematian pula seramai 171 orang, 91 parah dan 164 lagi cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azisman berkata, sebanyak 290,567 saman turut dikeluarkan dalam tempoh 11 hari sejak Op Selamat 16 dimulakan pada 18 Januari lalu dengan 182,538 saman membabitkan enam kesalahan utama kesalahan jalan raya.

Ops Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina akan berkuat kuasa selama 15 hari bermula 18 Januari sehingga 1 Februari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 7:28 PM
Kabinet Malaysia 2020