JEMAAH Masjid Kampung Paya Rumput akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok .FOTO Nazri Abu Bakar
JEMAAH Masjid Kampung Paya Rumput akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok .FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

MASJID Kampung Paya Rumput dan Masjid Bilal Ar Rabah Tanjung Kling, Melaka akan menunaikan solat hajat esok bagi dijauhkan musibah wabak koronavirus baharu, influenza serta memohon hujan kepada Allah SWT bagi memulihkan masalah bekalan air.

Setiausaha Masjid Kampung Paya Rumput, Roslan Yahya berkata, hasil perbincangan dengan jawatankuasa mereka bersetuju untuk mengadakannya selepas solat Jumaat esok.

Menurutnya, maklumat kepada lebih 200 jemaah sudah dimaklumkan dari masa ke semasa selepas setiap solat fardu selain paparan notis di masjid berkenaan.

“Pihak kami sedia maklum berhubung wabak koranavirus baharu dan penyakit berjangkit yang bahaya itu selain masalah air yang melanda seluruh negeri Melaka.

“Keadaan ini mendorong kami mengadakan solat sunat hajat berkenaan dan dalam masa yang sama menyahut saranan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sementara itu, Pengerusi Masjid Bilal Ar Rabah Tanjung Kling, Abdul Aziz Abu Bakar berkata, maklumat mengenai solat hajat sudah dinaikkan di papan notis masjid.

“Pastinya kita memohon dan berharap penyakit berkenaan dijauhkan daripada masyarakat di negara ini. Selain daripada mengambil langkah kesihatan yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ikhtiar terakhir kita ialah memohon kepada Allah SWT supaya wabak ini dijauhkan.

“Kami juga memohon suapaya masalah air yang dialami semua rakyat di Melaka dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

JAIM melalui pekeliling pada 28 Januari lalu mengesyorkan pengerusi dan pegawai semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon perlindungan, esejahteraan serta kebaikan kepada semua rakyat Melaka dan Malaysia.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 4:24 PM
    Digital NSTP Subscribe