X
GAMBAR Hiasan.
GAMBAR Hiasan.
BERNAMA

UMAT Islam di Melaka digalakkan untuk melaksanakan solat sunat hajat bagi memohon hujan supaya masalah kekurangan bekalan air di Melaka segera pulih, kata Mufti Negeri Melaka Datuk Abd Halim Tawil.

Beliau berkata solat sunat hajat itu juga boleh dibuat bagi memohon Melaka dan negara ini terhindar daripada wabak koronavirus baharu dan wabak penyakit berjangkit lain serta dijauhkan daripada musibah yang tidak dijangka.

“Pada masa yang sama semua surau dan masjid di negeri ini juga disyorkan untuk mendirikan solat sunat hajat dan berdoa secara berterusan sehingga keadaan pulih seperti biasa.

“Solat sunat hajat boleh dilakukan setiap kali selepas waktu solat fardu kecuali masjid atau surau berkenaan mempunyai aktiviti lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 5:18 PM
    Kabinet Malaysia 2020