DATUK Azisman Alias. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
DATUK Azisman Alias. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK 166 kemalangan maut dilaporkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang masuk hari ke-12, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, daripada keseluruhan kematian, penunggang dan pembonceng motosikal masih menyumbang jumlah tertinggi dengan 119 kematian.

“Sebanyak 18,830 kemalangan dicatatkan sepanjang 12 hari Op Selamat kali ini membabitkan 27,627 kenderaan.

“Jumlah kematian pula seramai 183 orang, parah 103 dan 178 lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azisman berkata, sebanyak 313,936 saman turut dikeluarkan dalam tempoh 12 hari sejak Op Selamat 16 dimulakan pada 18 Januari lalu dengan 197,454 saman membabitkan enam kesalahan utama kesalahan jalan raya.

Ops Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina berkuat kuasa selama 15 hari bermula 18 Januari lalu sehingga esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 7:55 PM