AL-SULTAN Abdullah berkenan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan pada majlis santapan tengah hari bersama pegawai kanan kerajaan di Istana Negara. FOTO BERNAMA
AL-SULTAN Abdullah berkenan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan pada majlis santapan tengah hari bersama pegawai kanan kerajaan di Istana Negara. FOTO BERNAMA
BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang siap siaga mengawal kesihatan dan keselamatan negara, berikutan kejadian jangkitan 2019 novel koronavirus di Malaysia.

Menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasmi milik Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sewaktu berkenan menerima sembah maklum situasi semasa daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Baginda turut bertitah mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan kejadian jangkitan koronavirus tanpa usul periksa,” menurut catatan itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 9:03 PM