GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi

SEBANYAK 177 kemalangan maut dilaporkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang masuk hari ke-13, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, daripada keseluruhan kematian, penunggang dan pembonceng motosikal masih menyumbang jumlah tertinggi dengan 127 kematian.

“Sebanyak 20,337 kemalangan dicatatkan sepanjang 13 hari Op Selamat kali ini membabitkan 29,577 kenderaan.

“Jumlah kematian pula seramai 195 orang, parah 113 dan 203 lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azisman berkata, sebanyak 341,972 saman turut dikeluarkan dalam tempoh 13 hari sejak Op Selamat 16 dimulakan pada 18 Januari lalu dengan 215,512 saman membabitkan enam kesalahan utama kesalahan jalan raya.

Ops Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina berkuat kuasa selama 15 hari bermula 18 Januari lalu sehingga esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 7:07 PM
Digital NSTP Subscribe