PASUKAN bomba tiba di lokasi bagi memadam kebakaran membabitkan rumah flat di Kepayan Ridge, Kota Kinabalu.
PASUKAN bomba tiba di lokasi bagi memadam kebakaran membabitkan rumah flat di Kepayan Ridge, Kota Kinabalu.
Juwan Riduan


TIGA unit rumah di tingkat bawah dan tingkat satu sebuah flet di Lorong Bunga Semarak, Kepayan Ridge di sini, terbakar petang tadi.

Dalam kejadian jam kira-kira jam 6 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Penolong Bomba Kanan II Norkizan Durudin berjaya menyelamatkan 21 unit rumah lain di blok berkenaan daripada terjejas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu membabitkan dua jentera dan sebuah EMRS bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan jam 6.02 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba terus bertindak mengawal api daripada merebak.

"Operasi dapat dikawal jam 6.18 petang. Kebakaran menyebabkan tiga unit rumah terbabit musnah 70, 40 dan 10 peratus," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

"Operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 7.15 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 9:17 PM