MOHD Khariri. FOTO Ghazali Kori
MOHD Khariri. FOTO Ghazali Kori
Ekhwan Haque Fazlul Haque

"APA yang beliau lakukan ternyata melawan hukum Islam dan seakan mahu membuktikan golongan transgender juga boleh menunaikan umrah dengan mengekalkan imej wanita," kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Mohamad Ramli, 43.

Beliau yang lebih mesra disapa Cikgu Ery berkata, tindakan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berpakaian wanita ternyata kesilapan terbesar kerana seakan mempersendakan kesucian Islam.

Menurutnya, tindakan ahli perniagaan kontroversi itu hanya membuka ruang kepada lebih ramai golongan 'wanita jadian' bertindak sedemikian sekiranya pergi menunaikan umrah pada masa akan datang.

"Tidak perlu mencari publisiti (berpakaian wanita di Makkah) demi membuktikan golongan itu dapat menjejakkan kaki di Makkah kerana mereka perlu menghormati kesucian agama seperti dituntut Islam.

"Apa pandangan masyarakat apabila golongan transgender kini sudah semakin berani menghalalkan matlamat (berpakaian wanita) di Makkah. Kita sesekali tidak boleh berkompromi soal agama kerana kita dituntut mempertahankan Islam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau yang sudah dua kali menunaikan umrah berkata, apabila keputusan menunaikan umrah dibuat, seseorang itu seharusnya bersedia dan ikhlas untuk kembali kepada fitrah kerana itu menjadi syarat sah umrah kerana bukan sekadar mencari publisiti.

Seorang lagi bekas mak nyah, Jefferi Mohd Nor, 55, berkata, pihak berkuasa agama perlu memanggil Nur Sajat untuk sesi kaunseling bagi memastikan tindakan sama tidak akan berulang kembali pada masa akan datang.

"Pada 2016, saya berhasrat menunaikan umrah namun masih memakai silikon pada payu dara. Saya kemudian dinasihatkan membuangnya dan kembali kepada fitrah sebagai lelaki.

"Jadi selepas membuang silikon dan bersedia sepenuhnya, saya sekali lagi mendaftar pada 2017 dan bersyukur diberi keizinan menjadi tetamu Allah dan kembali menjadi lelaki," katanya.

Beliau yang juga ahli perniagaan kosmetik berkata, keinsafan perlu datang dari dalam hati kerana mahu berubah dan beribadah kepada Allah SWT kerana itu menunjukkan keikhlasan seseorang itu.

Berita berkaitan

Guna saluran undang-undang bersih nama

Dia Muhammad Sajjad

Sajat dah agak akan kena kecam

Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari

Nampak Sajat berpakaian wanita semalam

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 5:05 PM