SITI Hamisah (lima dari kiri), Leo Moggie (tiga dari kiri) dan Amir Hamzah menggaul Lou Sang. FOTO Supian Ahmad.
SITI Hamisah (lima dari kiri), Leo Moggie (tiga dari kiri) dan Amir Hamzah menggaul Lou Sang. FOTO Supian Ahmad.
Sri Ayu Kartika Amri


TENAGA Nasional Berhad (TNB) meraikan kira-kira 2,000 rakan korporat dan warga kerja pada Majlis Mesra Tahun Baru Cina yang disambut meriah di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB, Kuala Lumpur, hari ini.

Selain disajikan dengan jamuan makanan, tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan tarian singa dari Kumpulan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng dari Muar, Johor.

Pada majlis itu, seramai 50 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) daripada lima kebajikan turut diraikan.

TNB turut memberi sumbangan bernilai RM25,000 kepada lima rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Da Ci, Cheras; Pertubuhan Penganut Bodhiksetra Vihara Kuala Lumpur; Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting (KL), Setapak; Damai Chempaka Meditation Society, Petaling Jaya dan Joy To The World Community Services, Puchong.

Sumbangan disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bersama isteri Puan Sri Elizabeth Moggie; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bersama isteri Datin Seri Aidah Abu serta Ahli Lembaga Pengarah TNB, Gee Siew Yoong dan Ong Ai Lin.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah Timbalan Ketua Setiausaha MESTECC, Noor Afifah Abdul Razak; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Ahmad Fauzi Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif ST, Abdul Razib Dawood; Pengerusi Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali serta barisan Pengurusan Tertinggi TNB.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 8:26 PM