Gambar hiasan
Gambar hiasan
Siti Azila Alias


WAKTU solat Subuh di Pulau Pinang perlu ditambah lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa esok.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam kenyataan rasmi memaklumkan, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Rabu dan semalam memperakukan bahawa penetapan permulaan waktu Subuh adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk, seperti yang dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun katanya, perubahan itu hanya membabitkan waktu solat Subuh sahaja, manakala waktu solat lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat pada jadual waktu solat Pulau Pinang terbitan Jabatan Mufti Pulau Pinang.

“Mesyurat turut memutuskan pelaksanaan solat Subuh berdasarkan waktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqada’ setakat sebelum tarikh ketetapan baru ini dikuat kuasa.

“Jadual waktu Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat naik di laman rasmi Jabatan Mufti Pulau Pinang atau portal e-Solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mulai hari ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 3:22 PM