KEADAAN hutan di Stesen 15, Bukit Jambul yang terbakar. FOTO Ihsan JBPM.
KEADAAN hutan di Stesen 15, Bukit Jambul yang terbakar. FOTO Ihsan JBPM.
Zuhainy Zulkiffli


SELEPAS Bukit Bendera, kawasan hutan di Bukit Jambul, Georgetown, pula terbakar, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran membabitkan kawasan dianggarkan seluas 0.4 hektar di Stesen 15.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 pagi, dan sebaik tiba di lokasi didapati ia membabitkan kebakaran hutan

“Tiada laluan masuk ke lokasi itu dan hanya boleh dilalui menerusi trek pendakian.

“Anggota membuat ‘fire brake’ dan pemadaman menggunakan peralatan ‘Forest Fire’ bagi mengelakkan api merebak lebih luas,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, kerja pengawalan serta pemadaman masih dilakukan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Bayan Baru dan kebakaran terkawal.

Awal pagi tadi, kawasan di Bukit Bendera terbakar lagi selepas dipadamkan bomba tiga hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 3:38 PM