X
DR Dzulkefly Ahmad ketika sidang media Perkembangan Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus 2019 di Ruang Legar Bilik Mesyuarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). FOTO/AHMAD IRHAM MOHD NOOR
DR Dzulkefly Ahmad ketika sidang media Perkembangan Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus 2019 di Ruang Legar Bilik Mesyuarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). FOTO/AHMAD IRHAM MOHD NOOR
Amir Abd Hamid


MALAYSIA berada pada fasa pembendungan awal kluster wabak koronavirus baharu (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, negara ini mengamalkan empat langkah penilaian bagi penularan virus itu.

Menurutnya, ia adalah fasa amaran, pembendungan awal, pembendungan akhir dan mitigasi.

"Kita tidak menggunakan kaedah sama (seperti Singapura). Ada bacaan tahap kita.

"Kita mengambil prasyarat apabila mendapati kes secara sporadik untuk menentukan kita di tahap mitigasi.

"Kita guna kaedah sedikit berbeza tetapi outcome yang sama," katanya.

Beliau menjawab soalan mengenai Malaysia pada tahap apa susulan Singapura sudah menaikkan Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari tahap kuning ke jingga Jumaat lalu bagi membendung penularan koronavirus.

Sementara itu, katanya, esok beliau akan melakukan telekonferen dengan Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong berkaitan koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 5:16 PM
    Digital NSTP Subscribe