KEJADIAN dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita.
KEJADIAN dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita.
Syaherah Mustafa


PELAJAR lelaki berusia 15 tahun lebam di muka dan badan selepas dibelasah sekumpulan pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, dalam kejadian pada 6 petang itu, mangsa dipukul, ditumbuk dan disepak beberapa kali oleh kumpulan pelajar berusia 14 hingga 16 tahun.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita yang juga pelajar sekolah sama.

“Mangsa kemudian cuba keluar dari kelas, namun malangnya dipukul pula secara beramai-ramai oleh kumpulan pelajar ini.

“Berikutan itu mangsa yang menyedari rakaman video tular membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas, hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pihak polis akan mengambil tindakan lanjut dengan menahan kumpulan pelajar terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 7:47 PM
Digital NSTP Subscribe