Haslam bersama burung yang dipanggil Hassan. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


“SEMUANYA membuktikan kekuasaan Allah SWT,” kata Mohd Haslam Al Hafiz Mohd Salam yang bercerita mengenai keunikan burung peliharaannya yang boleh berselawat.

Menurutnya, burung jenis African Grey Congo yang berusia lebih setahun itu memiliki keunikan tersendiri kerana ‘Hassan’ mampu memberi ucapan ‘Assalamualaikum’ dan berselawat ‘Yahanana’.

“Semuanya bermula apabila Hassan setiap hari diperdengarkan dengan selawat berikutan saya mengetuai kumpulan qasidah Darul Musthofa.

“Apabila setiap kali kami berselawat dia juga turut mengeluarkan perkataan ‘Yahanana’ dan selebihnya Hassan akan bersiul seolah mahu menyampaikan setiap bait selawat yang disampaikan oleh pelajar,”katanya yang ditemui di Teluk Mas, Melaka..

Malah katanya, Hassan seperti tahu apabila kumpulan terbabit mahu keluar berselawat dengan menunjukkan tindakan agresif di dalam sangkar.

“Setiap kali latihan berselawat, Hassan dilepaskan dan haiwan terbabit turut berselawat dengan kicauannya.

“Hassan juga mampu memanggil saya dengan perkataan “ustaz’ berikutan terikut dengan panggilan daripada pelajar lain serta nama anak saya Aisyah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 6:51 PM