BOT nelayan TRF 1178 ditemui kira-kira 10 batu nautika dari lokasi dilaporkan hilang.


BOT dinaiki empat nelayan dari Kampung Losong di sini, yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di lokasi 63 batu nautika dari Kuala Terengganu ditemui, 5.15 petang, hari ini.

Bot nelayan kelas A yang keluar menangkap ikan pada 7 Februari lalu itu ditemui Kapal Maritim (KM) Gemia, kira-kira 10 batu nautika dari lokasi ia dilaporkan hilang.

Ketika ditemui, semua nelayan dalam bot terbabit dilaporkan dalam keadaan selamat.

Katanya, bot terbabit menghadapi masalah bateri menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan sebelum dihanyutkan.

“Bot ditunda KM Gemia ke jeti Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Kambing,” katanya.

Portal Harian Metro semalam melaporkan, bot TRF 1178 yang dinaiki nelayan, Azuan Yusof, 36, Walik Hafizul, 35, Hanafi Hampsa, 26, dan Mohd Faizan Musa, 29, gagal dihubungi.

Mohd Amri Yusof, 33, berkata, kali terakhir dia menghubungi abangnya yang juga tekong bot iaitu Azuan ialah pada 7 Februari lalu.

Mohd Amri kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada APMM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 7:06 PM