Hafidzul Hilmi Mohd Noor

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur akan mendapatkan maklum balas lanjut Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP) bagi menilai tahap keselamatan keadaan struktur bangunan yang runtuh di Taman Desa, Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, adalah terlalu awal untuk merumuskan keadaan keselamatan jangka panjang terhadap pembinaan bangunan terbabit.

“Setakat ini, kita perlu bekerjasama dengan pihak JKKP untuk menilai balik secara keseluruhan sudah pasti buat masa sekarang ini keadaan tidak selamat.

“Kita juga perlu melakukan penilaian dengan lebih terperinci tempoh masa keadaan yang dikategorikan tidak selamat ini sebelum sesuatu arahan selanjutnya dikeluarkan,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Pada 13 Mac 2017 lalu, sekumpulan 11 pemilik hartanah di Taman Desa memutuskan untuk memfailkan semakan kehakiman selepas mendapat tahu DBKL memberikan kelulusan rancangan projek itu.

Laporan portal Harian Metro sebelum ini
Laporan portal Harian Metro sebelum ini

Penduduk Taman Desa menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan pembangunan membabitkan kondominium pencakar langit, memaklumkan bahawa tapak pembangunan itu pernah diperuntukkan pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan paru-paru hijau ibu kota negara.

Penduduk membantah cadangan membina tiga blok bangunan dengan ketinggian antara 32 ke 42 tingkat, dikenali sebagai ‘The Address’ dan sesi bantahan diadakan pada September 2016.

Sehingga 8.15 malam tadi, usaha menyelamatkan seorang lagi mangsa yang terperangkap selepas terjatuh dari runtuhan kongkrit di tingkat 6, kondominium yang sedang dibina ini masih masih dijalankan.

Seorang rakannya yang diselamatkan pada 5.15 petang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Berita berkaitan

Seorang lagi mangsa masih terperangkap [METROTV]

[UPDATE] Unit K9 kesan mangsa terperangkap

Struktur kondominium dalam pembinaan runtuh

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 8:48 PM