Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Mohd Roji Kawi


JUMLAH kumulatif Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) bagi jangkitan koronavirus (Covid-19) di Sarawak kini mencecah 91 orang yang direkodkan sejak 10 Januari lalu hingga hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, peningkatan itu berikutan enam kes PUI baharu direkodkan hari ini.

Katanya, lima daripada kes PUI baharu itu direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching, manakala satu lagi di Hospital Sibu.

“Daripada 91 kes PUI itu, 70 membabitkan rakyat Malaysia, 18 warga China manakala Thailand, Indonesia dan Kanada masing-masing satu kes.

“Sebanyak 79 sampel yang sudah menjalani ujian makmal didapati negatif, manakala 12 lagi masih menunggu keputusan ujian,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri mengulangi peringatan kepada orang ramai yang mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas dalam masa 14 hari selepas kembali dari China supaya mendapatkan rawatan segera.

Mereka juga harus memaklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan sebelum ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 5:58 PM
    Digital NSTP Subscribe