X
Muhaamad Hafis Nawawi


DUA lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan kekecohan yang berlaku di Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 47 tahun ditahan jam 7 malam tadi sementara seorang lagi lelaki berusia 56 tahun ditahan jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Batu Caves dan mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun keseksaan.

Semalam tular satu rakaman video berdurasi 58 saat menunjukkan sekumpulan orang awam cuba membuat provokasi terhadap beberapa anggota penguat kuasa Imigresen.

Kejadian itu didakwa berlaku di tapak perniagaan yang terletak di perkarangan Kuil Subramaniar Swamy ketika 50 anggota Jabatan Imigresen Selangor cuba membuat operasi ke atas peniaga haram dari India dan Pakistan.

Berita berkaitan

Polis ambil keterangan tiga individu

Tiada rusuhan ketika operasi imigresen [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 1:02 PM