ANGGOTA APM menunjukkan anak biawak yang disangka anak buaya. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM menunjukkan anak biawak yang disangka anak buaya. FOTO Ihsan APM.
Zuliaty Zulkiffli


ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran anak buaya, namun apabila tiba di lokasi, ia hanyalah anak biawak.

Reptilia itu ditemui dalam tandas sebuah kolej di Padang Terap.

Pegawai APM Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan itu pada 6.55 petang hari ini seorang pemanggil lelaki.

Katanya, lelaki itu dikatakan bimbang reptilia disangka anak buaya menyerang, dan membuat panggilan untuk bantuan.

“Ketika itu dia mahu mengambil wuduk untuk solat Maghrib.

“Sepasukan anggota tiba di lokasi pada 7.05 malam dan pemeriksaan dilakukan mendapati reptilia berkenaan adalah anak biawak sepanjang satu meter.

“Binatang itu seberat dua kilogram berada di celah rak mandian dalam tandas itu,” katanya.

Menurutnya, pasukan mengambil masa lima minit untuk menangkap anak biawak itu dan operasi ditamatkan beberapa minit kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 9:00 PM
Digital NSTP Subscribe