M Hifzuddin Ikhsan


JABATAN Mufti Kedah mengumumkan perubahan waktu solat Subuh dan Imsak bagi seluruh negeri perlu ditambah lapan minit berkuat kuasa 25 Februari depan.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah sudah memperkenan perubahan itu.

“Perubahan ini berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan altitud matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit fajar sodiq daripada 20 darjah yang diguna pakai sebelum ini kepada 18 darjah.

“Perubahan ini hanya membabitkan awal waktu solat Subuh dan Imsak sahaja dengan solat Subuh yang didirikan sebelum ini adalah sah serta tidak perlu diqadha’ (diganti),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 3:30 PM