Keadaan anak kucing yang tersekat. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR
Keadaan anak kucing yang tersekat. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR


PENDERITAAN seekor anak kucing yang kepalanya tersekat disinki dapur yang tidak digunakan di Taman Pulai Indah, Johor Bahru di sini berakhir dengan bantuan bomba.

Pegawai Bomba Kanan ll, Suraini Adnan berkata pihaknya menerima panggilan dari jiran belakang rumah tempat sinki diletakkan pada 3 petang semalam.

Menurutnya, tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba Skudai digegaskan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi didapati benar terdapat kucing tersangkut di lubang sinki yg tidak digunakan lagi.

“Pada awalnya anggota cuba mengeluarkan anak kucing itu secara manual menggunakan tangan. Namun tidak berjaya kerana bahagian telinga kucing tersebut sudah bengkak,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan keadaan persekitaran, anak kucing itu tersekat hampir sehari.

“Kami menggunakan alatan khas iaitu “ram bar” bagi memecahkan sinki tersebut.

“Anak kucing itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang luka dan kecederaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 10:43 AM
Digital NSTP Subscribe