AHMAD Amirul yang dilaporkan hilang, Khamis lalu selamat ditemui. FOTO ihsan Polis
AHMAD Amirul yang dilaporkan hilang, Khamis lalu selamat ditemui. FOTO ihsan Polis
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


PELAJAR pusat tahfiz di Jalan Abi Batas Paip, Kangar yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, ditemui selamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, Ahmad Amirul Hafiz Mohamad Shafini, 15, yang berasal dari Sik, Kedah ditemui di rumah di Pulau Pinang.

“Dia duduk di rumah kenalannya di sebuah lokasi di Pulau Pinang dan semalam mangsa sudah menghubungi keluarganya berhubung keberadaan beliau di sana.

“Kira-kira 5 petang semalam keluarganya ke Pulau Pinang bagi mengambil pelajar terbabit dan kes tiada sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kes ditutup dan dianggap selesai selepas pelajar terbabit pulang ke pangkuan keluarganya semalam,” katanya.

Harian Metro pada Isnin melaporkan Amirul Hafiz hilang selepas gagal dikesan di bilik asramanya sejak Khamis lalu.

Bapa mangsa kemudiannya dihubungi warden pusat tahfiz berkenaan bagi memaklumkan kejadian itu namun pada keesokan harinya, anaknya masih gagal dikesan sebelum dia membuat laporan polis.

Berita berkaitan:

  • Pulanglah Amirul Hafiz
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 12:29 PM
    Digital NSTP Subscribe