X
Laporan Harian Metro semalam.
Laporan Harian Metro semalam.
Abnor Hamizam Abd Manap


PUNCA kebakaran sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, semalam yang menyebabkan kematian bayi berusia sepuluh bulan akan terjawab selepas siasatan terperinci bomba selesai dijalankan.

Dalam kebakaran pada 11.35 pagi itu, seorang bayi perempuan, Siti Nur Aini Zulimi melecur 30 peratus dan maut ditempat kejadian.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan rapi kejadian kebakaran itu.

“Semua bahan bukti sudah dihantar ke makmal forensik untuk diuji dan masih menunggu keputusan. Setakat ini kita klasifikasikan masalah pendawaian eletrik.

“Kita akan ketahui punca sebenar kebakaran sebaik semua siasatan terperinci selesai dijalankan termasuk hasil bedah siasat mayat bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian itu bayi malang berkenaan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas.

Wanita itu kemudian menerima panggilan telefon daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.

Dia bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk menyelamatkan anaknya namun dihalang orang ramai berikutan api yang marak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 1:34 PM
Kabinet Malaysia 2020